Thursday, September 21, 2006

Kaulah Teman Kau Sahabatku.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sudah termaktub dari azali lagi bahawa setiap yang hidup pasti akan menempuhi kematian.Setelah hampir 2 tahun kau menderita dengan ujian dan dugaan yang menimpa kini kau pergi buat selama-lamanya,kerana Allah lebih menyayangimu.Pergimu merupakan hilangnya sebuah mutiara dilautan yang amat berharga kerana kau merupan insan yang amat disayangi oleh teman-teman seperjuangan dan para asatizah.
Memang semua insan yang bergelar sahabat amat sedih dan tergamam apabila mengetahui berita pemergianmu,namun itulah merupakan tanda kekuasaan Allah dan kami redha dengan qada' dan qadar.Sekalung doa dan Al-fatihah buatmu semoga Allah menempatkan rohmu dikalangan para Anbiya'dan para syuhada',Amin ya Rabalalamin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home