Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Tahun ni masuk kali ke-5 aku menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak di bumi UK.Masih ingat lagi mula-mula sambut Ramadhan di tempat orang,memang jauh berbeza dengan tempat kita..manakan tidak bila berbuka puasa bersama keluarga dan dengan berbagai juadah yang terhidang didepan mata.Masa tahun pertama berpuasa kat sini memang best jugak sebab masa tu winter so waktu berbuka awal kalau tak silap pukul 4.30 dah masuk waktu maghrib tapi juadah tu tak samalah...takdelah air tebu,kuih,martabak dan perbagai jenis lagilah..malas nak sebut buat teringat je...memang masa time ni teringat sangat suasana bulan Ramadhan kat kampung dengan bazar ramadhan dan pasar malam.Kat tempat orang kalau nak merasa kuih kena buat sendirilah.Bersambung..........

Thursday, September 21, 2006

Kaulah Teman Kau Sahabatku.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sudah termaktub dari azali lagi bahawa setiap yang hidup pasti akan menempuhi kematian.Setelah hampir 2 tahun kau menderita dengan ujian dan dugaan yang menimpa kini kau pergi buat selama-lamanya,kerana Allah lebih menyayangimu.Pergimu merupakan hilangnya sebuah mutiara dilautan yang amat berharga kerana kau merupan insan yang amat disayangi oleh teman-teman seperjuangan dan para asatizah.
Memang semua insan yang bergelar sahabat amat sedih dan tergamam apabila mengetahui berita pemergianmu,namun itulah merupakan tanda kekuasaan Allah dan kami redha dengan qada' dan qadar.Sekalung doa dan Al-fatihah buatmu semoga Allah menempatkan rohmu dikalangan para Anbiya'dan para syuhada',Amin ya Rabalalamin.

Saturday, September 02, 2006

Jasamu Tetap Kukenang


Alhamdulillah pada cuti Bank Holiday yang lepas kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat-sahabat di Leicester dan Ustaz Abu Osman yang banyak mencurahkan ilmu dan nasihat buatku sepanjang berada di EIHS.Walaupun hampir 2 tahun tidak bersua sapa tapi kecerian dan kegembiraan dapat kubayangkan ketika mana kami bersalaman.Sunggu ceria kulihat wajah ustazku yang sememang tidak akan kulupakan sehingga hayat dikandung badan.Doaku semoga Allah memanjangkan umur beliau dan segala ilmu,nasihat dan tunjuk ajar untukku akan dikira oleh Allah sebagai ibadat yang akan mendapat ganjaran pahala disisi Rabbul Jalil.Amin.