Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.



Tahun ni masuk kali ke-5 aku menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak di bumi UK.Masih ingat lagi mula-mula sambut Ramadhan di tempat orang,memang jauh berbeza dengan tempat kita..manakan tidak bila berbuka puasa bersama keluarga dan dengan berbagai juadah yang terhidang didepan mata.Masa tahun pertama berpuasa kat sini memang best jugak sebab masa tu winter so waktu berbuka awal kalau tak silap pukul 4.30 dah masuk waktu maghrib tapi juadah tu tak samalah...takdelah air tebu,kuih,martabak dan perbagai jenis lagilah..malas nak sebut buat teringat je...memang masa time ni teringat sangat suasana bulan Ramadhan kat kampung dengan bazar ramadhan dan pasar malam.Kat tempat orang kalau nak merasa kuih kena buat sendirilah.Bersambung..........

Thursday, September 21, 2006

Kaulah Teman Kau Sahabatku.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sudah termaktub dari azali lagi bahawa setiap yang hidup pasti akan menempuhi kematian.Setelah hampir 2 tahun kau menderita dengan ujian dan dugaan yang menimpa kini kau pergi buat selama-lamanya,kerana Allah lebih menyayangimu.Pergimu merupakan hilangnya sebuah mutiara dilautan yang amat berharga kerana kau merupan insan yang amat disayangi oleh teman-teman seperjuangan dan para asatizah.
Memang semua insan yang bergelar sahabat amat sedih dan tergamam apabila mengetahui berita pemergianmu,namun itulah merupakan tanda kekuasaan Allah dan kami redha dengan qada' dan qadar.Sekalung doa dan Al-fatihah buatmu semoga Allah menempatkan rohmu dikalangan para Anbiya'dan para syuhada',Amin ya Rabalalamin.

Saturday, September 02, 2006

Jasamu Tetap Kukenang


Alhamdulillah pada cuti Bank Holiday yang lepas kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat-sahabat di Leicester dan Ustaz Abu Osman yang banyak mencurahkan ilmu dan nasihat buatku sepanjang berada di EIHS.Walaupun hampir 2 tahun tidak bersua sapa tapi kecerian dan kegembiraan dapat kubayangkan ketika mana kami bersalaman.Sunggu ceria kulihat wajah ustazku yang sememang tidak akan kulupakan sehingga hayat dikandung badan.Doaku semoga Allah memanjangkan umur beliau dan segala ilmu,nasihat dan tunjuk ajar untukku akan dikira oleh Allah sebagai ibadat yang akan mendapat ganjaran pahala disisi Rabbul Jalil.Amin.

Saturday, August 19, 2006

Balik Malaysia..



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah hampir setahun lebih berada di Manchester dan Si Aiman sekarang dah 15 bulan,sekarang dah pandai jalan dan pandak nak ajak Baba gi jalan.Masa balik kat Malaysai hari tu tak nak dengan orang lain, memang semua orang frust sebab Aiman jual mahal...lebih2 lagi Tok Poh....minggu pertama Aiman kena selsema sebab panas sangat..anak UK katakan...minggu kedua Aiman kena efection sebab kena gigit nyamuk,tapi yang paling suka sebab muka Aiman dah comel suci dari EXZEMA.Tulah sedikit cerita Aiman masa balik Malaysia hari tu.Bye bye.....

Salam Kembali.


Assalamualaikum, Harapan ana semua sahabat2 yang masih berada di Uk mahupun ditanahair sentiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi.Pertama sekali minta maaf banyak sebab lama dah tak bukak blog ni sebab dok ingat password hari ni baru jer dapat balik,alakullihal lepas ni boleh bukak sokmolah...oklah dulu sebab si Aiman mari kacau dah...see u again Wailalliqa'.

Wednesday, September 28, 2005

ramadhan al mubarak

kesyukuran kupanjatkan pada ilahi diatas nikmat2 yang telah dikurniakan buat kami sekelaurga..rasa lama sangat dah tak bukak blog ni..maklumlah baru keje banyak sangat hatta nak main aimanpun tak sempat..anyway tak per pentingkan yang lebih penting dari yang penting..pejam celik- pejam celik nak pose pulak..tahun ni rasalah pose kat manchester..insayallah rasa kat uk tahun ni maklumlah dah 2 kali raya kat malayisa..so tahun ni rasa nak raya kat uk sama ngan aiman..oklah tu jer...semoga allah memberkati segala amalan kita dibulan ramadhan nanti...

Saturday, July 09, 2005

assalamualaikukum...

kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga buat Al-Khalik yang meniatiskan titisan rahmat buat hambanya....selawat dan salam buat junjungan besar ...dan dialah kekasih Allah.
Dan kesyukuran kupanjatkan diatas nikmat2 yang telah dicurahkan buat diri yang lemah ini...semoga rahmatmu sentiasa membayungi diri ini....

Blogspot ini Baba buat khas untuk Aiman...sayang Baba..yang sentiasa menghiburkan Baba dan Ibu...